Saturday, November 22, 2008

Gejala yang dialami

Talassemia minor tiada gejala, tetapi bagi yang mengidap talassemia major akan mengalami gejala seperti :-
  • Anemia
  • Letih
  • Lemah
  • Kulit nampak pucat daripada biasa
  • Jaundis (kulit & mata putih menjadi kekuningan)
  • Air kencing akan menjadi pekat & gelap
  • Selera makan berkurang & berat badan menurun
  • Pembesaran kanak - kanak terbantut atau sangat perlahan
  • Degupan jantung menjadi cepat
  • Tercungap - cungap apabila bersenam

Thursday, November 13, 2008

Bagaimana di warisi?


Penyakit ini diturunkan kepada anak daripada ibubapa yang membawa genetik talassemia termutasi. Anak pula mewarisi satu gen akan menjadi pembawa (talassemia trait). Kebanyakan pembawa boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat tanpa sebarang masalah. Anak yang mewarisi dua gen talassemia trait (satu dari ibu satu dari bapa) akan menjadi pesakit talassemia. Anak yang mewarisi dua salinan gen termutasi akan mendapat talassemia beta. Anak ini akan mengalami talassemia intermedia yang menyebabkan gejala anemia tetapi jarang memerlukan permindahan darah.

Thursday, October 16, 2008

Apa itu Talassemia?

TALASSEMIA adalah penyakit darah yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Ia juga bermaksud kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Apabila hemoglobin tidak cukup dalam sel darah merah, oksigen tidak dapat diagihkan ke seluruh badan dan menyebabkan organ 'kehausan' oksigen serta tidak boleh berfungsi dengan baik. Kurangnya hemoglobin boleh menyebabkan anemia iaitu boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah dan cepat letih. Sekiranya serius boleh meyebabkan kematian.

'Talassemia banyak dilaporkan dikalangan orang Arab, individu yang berasal dari Meditterranean dan penduduk Asia. Dianggarkan lebih 1 juta rakyat Malaysia menjadi pembawa genetik talassemia yang mengakibatkan talassemia - beta terutama dikalangan kaum Melayu & Cina. Menurut bekas Presiden Persatuan Paediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, ada kira - kira 3,000 pesakit yang perlu menjalani permindahan darah untuk terus hidup.
Perunding Perubatan Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Rahman Jamal pula berkata di negara kita sebanyak 120 hingga 240 kes talassemia baru dilaporkan setiap tahun. Jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital swasta dan di luar negara.
Katanya jumlah pesakit baru di Cypruss dan Greece dapat dikurangkan sebanyak 90%apabila kerajaan kedua - dua negara mewajibkan saringan talassemia sebelum kahwin. Ujian prenatal (sebelum kelahiran) juga boleh mengesan sama ada bayi dalam kandungan mengidap talassemia major.' (HARIAN METRO 21 Sept 2008 - pakar kanak - kanak bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir)